Saturday 24 September 2016

RESEPI KERABU MANGGA MUDA



RESEPI KERABU MANGGA

Bahan-bahan:-
2 biji mangga muda
1 biji tomato
1 biji bawng besar
4 biji cili padi
2  tangkai daun ketumbar
sedikit lada hitam(anggaran  dalam 6-7 biji)
1 sudu kecil udang kering
1 sudu perahan limau nipis/lemon
garam

cara-caranya..
Hiris halus mangga,tomato ,bawang besar ,daun ketumbar dan cili padi.
Goreng udang kering dengan sedikit minyak..tumbuk udang kering bersama lada hitam.
campur kan dengan semua bahan yang telah di hiris halus.
kemudian masuk kan garam dan perahan limau.

dah siap...



saya guna cili padi yang ni.
rasanya memang pedas.kalau yang tak tahan  pedas
boleh kurangkan sikit cili padi tu ye.
letak sebiji pun dah pedas dah.


RESEPI SIAKAP STIM LIMAU



Bahan-Bahan Untuk Siakap Stim Limau:

seekor ikan siakap sederhana besar
1 inci halia (dipotong memanjang)
3 helai daun limau purut
1/2 kiub pati ayam knorr atau serbuk secukup rasa
garam, serbuk perasa dan sedikit gul
2 sudu sos ikan 
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
lengkuas (dipotong memanjang)
3/4 biji limau nipis (perah dan ambil airnya sahaja)
3-5 biji cili merah 

daun ketumbar dan salad (untuk hiasan)


Cara Membuatnya:

1: bersihkan ikan siakap dan disapukan dengan sedikit garam, kemudian kukus dengan sedikit air selama 15 - 20 minit (bergantung saiz ikan).

Text Box: Note:kalau nak nampak ikan siakap stim limau tu ada warna pelangiboleh ditambah cendawan, tomato, lobak, dan sebagianya.2: sementara menunggu ikan siakap masak.kuah asam limaunya boleh dimasak. panaskan sedikit minyak kedalam kuali dan masukkan semua bahan yang bertanda. panaskan sehingga layu. rasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinya.
3: bila ikan dah masak dan semua bahan tadi sudah layu tuangkan kuah dan kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.

4: terakhir angkat ikan dan sedia dihidangkan. jika anda ingin aroma yang lebih sedap taburkan daun ketumbar dan salad.

RESEPI RENDANG TOK





Bahan:

- 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
- 3 liter santan
- 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
- 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
- 3 batang serai (dititik)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis

Bahan disangai (goreng tanpa minyak)
- 11/2 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar
- 20 biji cili kering (rendam dulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10-15 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 cm lengkuas
- 5 batang serai
- 5 cm halia
- 3 cm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi

Caranya
- Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
- Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
- Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
- Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu'
- Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

TIP
- Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
- Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.